Tuesday, December 27, 2011

sYaHaDaH


Tiada tuhan yang disembah melainkan Allah Azzawajalla..

Apa khabar iman anda?
adakah hari ini lebih baik dari semalam?
sekiranya ya, Alhamdulillah..
jadikan hari esok lebih baik dari hari  ini..

Iman ialah meyakini dengan hati bahawa Allah merupakan tuhan dan Muhammad itu sebagai rasul dan percaya kepada semua ajarannya, melafazkan dengan lidah dan mengamalkan dengan anggota.

Ingin aku kongsikan beberapa kejadian yang amat menarik bagiku kerana tidak semua rakan-rakan akan mengalami kejadian yang sama sepertiku.

Kisah 1
Semasa zaman pengajianku di sebuah IPT tempatan..
aku pernah didatangi oleh seorang mahasiswi dari China..
dia ditemani oleh beberapa orang rakanku yang aku kenali..
beliau berminat dengan ajaran Islam dan ingin bertanya mengenai 
kemusykilan beliau dalam agama Islam..
aku bukanlah seorang yang begitu arif mengenai selok belok agama..
aku hanya mengetahui ilmu-ilmu asas sahaja..
antara soalan-soalan yang dikemukakan oleh beliau..

Mengapa babi itu haram bagi orang Islam?
Mengapa wanita tidak boleh bersama-sama menunaikan solat jumaat?
Mengapa orang kafir seperti beliau tidak boleh masuk ke dalam masjid?

banyak lagi soalan-soalan yang dikemukakan..
dan ini sahaja soalan-soalan yang aku masih ingat..
Alhamdulillah..setelah beberapa bulan..
akhirnya beliau mengucapkan kalimah agong itu dan memeluk Islam..
aku hanya mampu menyedekahkan Al-Quran tafsir bahasa Inggeris tanda sokongan 
beliau menganut agama Islam
Allahu Akbar!!

Kisah 2
Aku punya kenalan lelaki yang beragama Hindu..
minatnya yang mendalam pada Islam telah berputik semenjak beliau di bangku sekolah..
niatnya untuk memeluk Islam tidak kesampaian kerana kekangan dari keluarganya..
beliau rajin bertanya rakan-rakan mengenai Islam..
kesungguhan beliau itu amat aku kagumi..
sehinggakan laptopnya juga telah disetkan laungan azan..
video-video yang ada juga berkenaan dengan Islam..
beliau telah berjaya berpuasa penuh bersama rakan-rakan Islam lain..
baliau juga sanggup berkhatan kerana ingin sama seperti rakan-rakan Islam yang lain..
Masyaallah..Subhanallah..
pada tika itu..
aku memiliki sebuah tafsir al-Quran yang amat aku sayangi..
aku menghadiahkan kepada beliau dengan tujuan agar beliau menyegerakan hasrat 
beliau untuk memeluk Islam..
sebelum memeluk Islam..
Alhamdulillah..
pada penghujung tahun itu..beliau telah selamat melafazkan kalimah toiyibah..
pada awalnya, beliau malu untuk melakukan sembahyang secara berjemaah..
maka beliau meminta bantuanku untuk berjemaah bersamanya di bilikku..
mungkin sukar baginya pada permulaan dalam melakukan solat secara praktikal..
namun kesungguhannya untuk belajar membuatkan beliau dapat belajar dengan cepat..
Allahu Akbar!!

Kisah 3
Aku juga punya kenalan lelaki berbangsa Buddha..
beliau lebih mesra dan rapat dengan bangsa Melayu berbanding kaumnya sendiri..
kami berkawan rapat sehingga terdetik dalam benakku untuk mengajaknya memeluk Islam..
aku selalu mendoakan beliau agar diterima hidayah ketika aku bersalam dengannya 
atau pun berpelukan dengannya ketika berjumpa..
namun aku belum mendapat kekuatan untuk mengajaknya melalui lisan..
kini kami terpisah jauh..
peluang untuk bertemu itu semakin tipis..
kami sibuk dengan pelajaran dan aktiviti persatuan..
hasratku itu masih tersisip rapi..
moga Allah membuka pintu hidayahnya suatu hari nanti..
Ameen..

begitulah sedikit sebanyak pengalaman yang pernah aku lalui..
bersyukur dan beruntunglah kita kerana telah dilahirkan dalam Islam..
apa yang perlu dititikberatkan ialah berkenaan dengan iman..
iman manusia tidaklah selalu tinggi..
kadang-kadang di atas dan kadang-kadang di bawah..
iman menjadi segar sekiranya dibajai dengan zikrullah dan kalamullah..
apatah lagi yang wajib seperti solat,puasa dan zakat..

begitulah sedikit sebanyak yang ingin aku kongsikan bersama..
walaupun tidak banyak namun intipatinya ada dinyatakan di dalamnya..

Wallahu'alam..